Friday, September 21, 2007
Permulaan blog Salam Malaysia
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Saudara / saudari ikhwan fillah sekelian...
Ana bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin Nya kita dapat menggunakan laman blog ini untuk memesatkan lagi usaha dakwah kita menuju Allah Taala.
Perjuangan yang benar dan haq menegakkan Islam perlu bermula dari dalam ( seperti kata Imam Al Banna ) seperti berikut :
1. Diri
2. Keluarga
3. Masyarakat
Kalau diri kita tidak mampu diuruskan lagi dengan baik samada luar atau dalamannya tentu kita sudah gagal untuk naik ke peringkat seterusnya.
Jika kita sudah memiliki kekuatan diri maka urusan membaiki keluarga lebih senang kerana mereka sudah nampak contoh yang zahir di tengah kekosongan ilmu dan amalan mereka.
Apabila semakin banyak kebaikan ini maka ia akan membentuk kekuatan kumpulan yang ramai sehingga mampu menenggelamkan kerosakan dan kekotoran hingga tinggallah dunia ini dalam suasana aman dan harmoni.
Ramai lulusan azhar atau universiti lain dari dalam atau luar negara tidak mampu menuju peringkat seterusnya. Mereka gagal memahami dengan tepat maksud dan perlaksanaan ayat suci al quran dan hadis nabi s.a.w.
Maka lahirlah berbagai fatwa sesat dan salah serta bidaah kerana gagal mencari rujukan dalam bentuk buku atau alim ulama...
sedangkan umat bergantung kepada ilmuan agama dalam mencari hujah berdasarkan nas sahih untuk mereka jadikan amalan dan pegangan.
Mereka hanya mabuk dalam gelombang politik yang dikatakan satu perjuangan hingga perjuangan aspek lain terabai kerana jumlah mereka terlalu ramai berkecimpung di dalam bidang politik ini.......
moga usaha sedikit ini dapat menjadi satu penapis kepada kekotoran fahaman dan juga pandangan masyarakat dan membina malaysia kita ke arah 'salam' yakni selamat dan aman .
Mari kita berganding bahu menjayakannya bersama !
Selamat datang ke Salam Malaysia .
Posted at 9:35:51 pm by zannun