ROSLAN SMS N32 MENULIS TENTANG SANG KELEMBAI 2006
Semoga Sang Kelembai mampu menyelamatkan Umno
Seorang
rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan
kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger
Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan
percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru
teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan
kunjungan Dolah ke sana.
Apabila melayari Merah Tinta
MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi
Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO
turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup
tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu:
Pak
Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita
berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya
berjanji!
Bila
saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik
yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah
dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang
Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan
keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama
sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya
jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar
menjadi batu!
Saya segera pergi pula ke laman blognya,
ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan
serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang
masih tersangkut diblognya bertajuk:
Dari bodoh ke nyanyuk
yang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu. Dikaki artikelnya dicatatkan ulasannya:
Maka
ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh
dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan.
Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing
kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris
Jusoh.
Itulah Sang Kelembai yang saya
kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk
kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai
Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu
apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam
bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic"
nya) Abang itu.
Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang.
Posted at 6:43:59 pm by zannun