Sunday, April 20, 2008
Mengiktiraf Bekas Hakim Krisis 1988, Satu Tindakan Bijak Dan Berani Kerajaan !

Tahniah Pak Lah ! kerana mengiktiraf sumbangan bekas Hakim yang dipecat oleh kepimpinan zaman Tun Mahathir di satu majlis gilang gemilang semalam yang mencatat nafas baru di dalam perkembangan institusi kehakiman negara ini, semalam ( 17.4.2008 ).

Ia bermula dengan semua pihak dari berbagai parti dan NGO menyertai majlis makan malam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam..

Semua menyaksikan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk semeja dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Situasi yang sangat memberi impak positif kepada kepimpinan Pak Lah di saat saat genting ketika ini.

Selain itu antara yang hadir ialah ; Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh dan Dato’ George Seah iaitu tiga dari lima Hakim-Hakim Mahkamah Agung yang dipecat semasa krisis kehakiman pada 1988.

Manakala dua lagi Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh diwakili oleh keluarga masing-masing.

Selain itu ramai juga turut sama menghadirkan diri di majlis julung julung kali  itu.

Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Presiden MIC Dato’ Seri S Samy Vellu, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

Ini juga dilihat satu pukulan KO kepada Tun Mahathir yang telah menganiayai ( pada pandangan rakyat ) enam Hakim yang berwibawa di atas.

Justeru tindakan bijak ini membersihkan kembali segala kotoran zaman silam dan mengubati kesakitan dan keperitan mangsa langsung atau tidak dengan pengiktirafan dan pemberian ex-gratia dari kerajaan.

Pak Lah dalam ucapannya berkata ;

“Tuan-tuan, saya tidak membuat anggapan untuk menyamakan sumbangan, penderitaan dan kehilangan dengan sekadar matawang, tetapi saya harap tuan-tuan dapat menerimanya sebagai satu sumbangan tulus ikhlas bagi memperbaiki apa yang telahpun berlaku,” kata beliau.

Tidak rugi kita menelan sedikit kepahitan jika itu ubat bagi menahan kesakitan yang sangat mencengkam diri dan anggota badan kita sekarang.

Buletin Utama sebentar tadi juga memperlihatkan reaksi sangat positif dari segenap pemimpin pro kerajaan dan pembangkang. Semua menyambut baik langkah seperti itu yang telah ditunggu tunggu selama 20 tahun.

Bak kata Tun Salleh Abas , “Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

“Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya,” kata beliau,

“Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan,” ujarnya.

Nampaknya, selepas ini ramai akan memandang tinggi Pak Lah.

Selembik-lembik beliau pun, ada juga ‘ kejantanan’ membuat langkah yang tepat di dalam mengatasi pandangan negatif rakyat yang selama ini memandang bahawa kerajaan Barisan Nasional sangat zalim dan mengganggu kuasa hakim hingga imej badan kehakiman dipandang rendah oleh pihak luar dan dalam negara.

Apatah lagi kisah video VK Lingam yang masih dibicarakan lagi sekarang ini, yang mendedahkan keburukan zaman lampau, dan menjelaskan juga keberanian pimpinan sekarang dalam membuat reformasi kepada semua sistem dan bentuk pentadbiran kerajaan.

Ia tidak berjalan semudah diucapkan dan ia menggentarkan ramai pihak yang bersalah. Sayangnya ia juga tidak difahami dengan jelas akan tindakan tersebut yang kurang disenangi oleh parti lawan. Kerana jika kerajaan berjaya mengatasi isu isu pembangkang, maka rakyat melihat tiada sebab lagi kerajaan BN ini perlu ditolak oleh rakyat.


Tambahan pula mereka juga sedang bertungkus lumus dalam memerintah 5 negeri yang dimenangi dalam pilihanraya sebelum ini dan ia menjadikan tugas mentadbir diutamakan dari tugas mencari kecacatan lawan tradisi seperti sebelum ini.


Memang kesibukan amat menguasai diri para pemimpin utama negeri negeri pembangkang hingga kita dapat lihat dalam perhimpunan 50,000 di Perak, hanya Menteri Besar Perak sahaja yang hadir. Yang lain diwakili oleh wakil masing masing dengan Kedah langsung tidak menghantar wakilnya seperti mana yang telah dilaporkan oleh Harakah 15 April 2008 yang lalu.

Lima pemidato telah berjaya ‘memukau’ lebih 50,000 yang hadir pada malam itu. Antaranya, Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa mewakili Besar Kelantan; Menteri Besar Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Hor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, .

Inilah realiti memerintah dan ia memang memerlukan tumpuan penuh dalam melaksanakan janji-janji yang ditaburkan sebelum ini.

Moga ke arah Malaysia Baru sudah berjalan di bawah Pak Lah dan tiada siapa lagi akan mendesak beliau meletak jawatan samada dari dalam atau luar kerajaan.

Kerana kita yakin banyak lagi pembaharuan akan datang dengan syarat kita semua memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang sukar dicari ganti di zaman ini seperti beliau.

Hidup Pak Lah !!!


petikan : keris pusaka melayu

Posted at 8:10:27 pm by zannun

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry


Blog ini dicipta bagi menyuarakan hasrat dan pendapat berkenaan perjalanan Islam di negara Malaysia yang selama kini sentiasa dijaga dan dipelihara. Artikel ini pendapat peribadi penulis dan tidak berniat menyinggung mana mana pihak. Ini dibuat bagi menyeru semua agar sentiasa patuh dan taat kepada keputusan ALlah melalui ajaran Rasulullah s.a.w. agar tidak tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Dibuka kepada sapa sapa yang ingin memberi komen atau artikel dengan mengisi ruang komen yang disediakan untuk manfaat kita bersama.... Wassalam







JUMLAH PENGUNJUNG

Dapatkan Free Website Counter di sini
















<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed