Monday, April 21, 2008
Test Power Shahrir Samad ? atau godaan terbuka untuk beliau?

Di bawah ini sedikit komen pembaca dalam blog Menteri Perdagangan Shahrir Samad.. Biasanya komen pembaca ini boleh ditapis dan juga boleh dibuat sendiri. Di bawah ialah satu post comment yang agak menarik dan dibiarkan sahaja terpampang di dada blog beliau. Anda boleh baca dan Pikirlah Sendiri Beb ; kata Nabil raja lawak !!!!! siamangbukit said... Kami 4 rakan yang dari berbagai parti telah duduk sembang dan membuat satu perbincangan siapa yang terbaik mengganti Pak Lah menggunakan satu kaedah yg menggunakan mathematical model multicriteria decision making. Leadership Criteria yang di gunakan ialah: 1. Orator (16.29%) 2. Political Experiece (22.06%) 3. Matured (25.28%) 4. Transparency (17%) 5. HighMoral (19.37%) After comparing two candidates at a time, the following is the results: 1. KULI - 0.591 2. SHAHRIR - 0.468 3. Anwar Ibrahim - 0.308 4. Muhaiyudin -0.279 5. NAJIB -0.228 As can be seen you are close second after Kuli, I therefore suggest that you seriously consider to contest for at least the number 2. I am pushing for it through my area and hope you will consider this. We really need you. FIAT SAPIENTIA VIRTUS Komen di atas dari blog Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Malaysia… Apa kata anda ?? Shahrir sebagai Another Presiden UMNO in waiting ?? Adakah ini test market ??? Allah sahaja yang Tahu dan mereka yang diberitahu juga tahu !

Posted at 10:51:48 pm by zannun
apa apa komen  




Sunday, April 20, 2008
MB Kelantan Nik Aziz WAHABI kerana TOLAK MAULID???

 

Memang sah !!!

Nik Aziz sudah menunjukkan belangnya men DAJAL kan sambutan MAULID… Isu lama diulang kembali di KEdah…. Nuzulul Quran dikata lebih penting dari Maulid Nabi…

Wah !!! Tok Guru dari mana mcm ni ???

Betul betul tok guru ke tok guru politik sahaja   ????

Maulid Nabi tu tidak akan ada kalau Nabi tak ada….Dan Nuzul Quran tu tidak akan wujud jika  Utusan bernama Muhammad tidak dilahirkan !!!

Jadi mana lebih BESAR dan PENTING???

Inilah perangai WAHBABI ( sori sengaja silap eja ) yang suka sangat dengki dengan Rasulullah padahal ALLAH yang pilih Nabi sebagai Rasul bukan manusia…

Jadi apa masalah nak buat sambutan menyambut kelahiran Nabi ???

ada tegahan kah dilarang sambut maulid nabi ???

Malulah kalau orang tahu PARTI PAS sendiri tolak MAULID NABI ini…..

bacalah sendiri di bawah ini dari blog

http://pas123.blogspot.com/2008_03_01_archive.html

macam mana nak tegak Islam ala mazhab wahabi PAS ini di Malaysia sedangkan di sini bukan tempat untuk ajaran sesat wahabi ini berkembang ???

dan bagaimana orang akan menyokong Islam sebegini melainkan mereka sendiri menjadikan Islam itu sempit dan buruk pada pandangan masyarakat dan menjadikan Islam Nabi yang sebenar kabur dalam debu politik mereka.

Marilah kita menolak Islam ala wahabi ini dan menjadikan pewaris sebenar ulama amilin itu sebagai qudwah kita semua.



Posted at 8:22:27 pm by zannun
apa apa komen  

TAHNIAH MALAYSIA KERANA MENJADI CAWANGAN PERTAMA AL AZHAR DI LUAR MESIR !

artikel dari : ustazmoden's blog

REMBAU - Majlis Senat Universiti Al-Azhar, Mesir buat pertama kalinya meluluskan penubuhan cawangan universiti itu di Rembau, satu-satunya di luar Mesir selepas lebih 1,000 tahun ia ditubuhkan.

Cawangan universiti itu akan ditempatkan di Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan ia dianggap membuka lembaran baru dalam pendidikan berteraskan Islam di negara ini. Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Profesor Dr. Muhammad Abd. Sattar Nasar berkata, pembukaan cawangan universiti itu merupakan satu usaha mengembangkan ilmu selaras dengan ajaran Islam yang mahukan pendidikan dijadikan sebagai senjata pada masa kini.

“Ini kerana Al-Azhar merupakan jantung kepada pegangan umat Islam di seluruh dunia dan benteng terakhir bagi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menghadapi cabaran tanpa sempadan,” katanya selepas majlis peletakan batu asas projek kampus itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini semalam.


Posted at 8:18:43 pm by zannun
Comment (1)  

Mengiktiraf Bekas Hakim Krisis 1988, Satu Tindakan Bijak Dan Berani Kerajaan !

Tahniah Pak Lah ! kerana mengiktiraf sumbangan bekas Hakim yang dipecat oleh kepimpinan zaman Tun Mahathir di satu majlis gilang gemilang semalam yang mencatat nafas baru di dalam perkembangan institusi kehakiman negara ini, semalam ( 17.4.2008 ).

Ia bermula dengan semua pihak dari berbagai parti dan NGO menyertai majlis makan malam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam..

Semua menyaksikan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk semeja dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Situasi yang sangat memberi impak positif kepada kepimpinan Pak Lah di saat saat genting ketika ini.

Selain itu antara yang hadir ialah ; Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh dan Dato’ George Seah iaitu tiga dari lima Hakim-Hakim Mahkamah Agung yang dipecat semasa krisis kehakiman pada 1988.

Manakala dua lagi Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh diwakili oleh keluarga masing-masing.

Selain itu ramai juga turut sama menghadirkan diri di majlis julung julung kali  itu.

Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Presiden MIC Dato’ Seri S Samy Vellu, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

Ini juga dilihat satu pukulan KO kepada Tun Mahathir yang telah menganiayai ( pada pandangan rakyat ) enam Hakim yang berwibawa di atas.

Justeru tindakan bijak ini membersihkan kembali segala kotoran zaman silam dan mengubati kesakitan dan keperitan mangsa langsung atau tidak dengan pengiktirafan dan pemberian ex-gratia dari kerajaan.

Pak Lah dalam ucapannya berkata ;

“Tuan-tuan, saya tidak membuat anggapan untuk menyamakan sumbangan, penderitaan dan kehilangan dengan sekadar matawang, tetapi saya harap tuan-tuan dapat menerimanya sebagai satu sumbangan tulus ikhlas bagi memperbaiki apa yang telahpun berlaku,” kata beliau.

Tidak rugi kita menelan sedikit kepahitan jika itu ubat bagi menahan kesakitan yang sangat mencengkam diri dan anggota badan kita sekarang.

Buletin Utama sebentar tadi juga memperlihatkan reaksi sangat positif dari segenap pemimpin pro kerajaan dan pembangkang. Semua menyambut baik langkah seperti itu yang telah ditunggu tunggu selama 20 tahun.

Bak kata Tun Salleh Abas , “Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

“Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya,” kata beliau,

“Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan,” ujarnya.

Nampaknya, selepas ini ramai akan memandang tinggi Pak Lah.

Selembik-lembik beliau pun, ada juga ‘ kejantanan’ membuat langkah yang tepat di dalam mengatasi pandangan negatif rakyat yang selama ini memandang bahawa kerajaan Barisan Nasional sangat zalim dan mengganggu kuasa hakim hingga imej badan kehakiman dipandang rendah oleh pihak luar dan dalam negara.

Apatah lagi kisah video VK Lingam yang masih dibicarakan lagi sekarang ini, yang mendedahkan keburukan zaman lampau, dan menjelaskan juga keberanian pimpinan sekarang dalam membuat reformasi kepada semua sistem dan bentuk pentadbiran kerajaan.

Ia tidak berjalan semudah diucapkan dan ia menggentarkan ramai pihak yang bersalah. Sayangnya ia juga tidak difahami dengan jelas akan tindakan tersebut yang kurang disenangi oleh parti lawan. Kerana jika kerajaan berjaya mengatasi isu isu pembangkang, maka rakyat melihat tiada sebab lagi kerajaan BN ini perlu ditolak oleh rakyat.


Tambahan pula mereka juga sedang bertungkus lumus dalam memerintah 5 negeri yang dimenangi dalam pilihanraya sebelum ini dan ia menjadikan tugas mentadbir diutamakan dari tugas mencari kecacatan lawan tradisi seperti sebelum ini.


Memang kesibukan amat menguasai diri para pemimpin utama negeri negeri pembangkang hingga kita dapat lihat dalam perhimpunan 50,000 di Perak, hanya Menteri Besar Perak sahaja yang hadir. Yang lain diwakili oleh wakil masing masing dengan Kedah langsung tidak menghantar wakilnya seperti mana yang telah dilaporkan oleh Harakah 15 April 2008 yang lalu.

Lima pemidato telah berjaya ‘memukau’ lebih 50,000 yang hadir pada malam itu. Antaranya, Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa mewakili Besar Kelantan; Menteri Besar Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Hor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, .

Inilah realiti memerintah dan ia memang memerlukan tumpuan penuh dalam melaksanakan janji-janji yang ditaburkan sebelum ini.

Moga ke arah Malaysia Baru sudah berjalan di bawah Pak Lah dan tiada siapa lagi akan mendesak beliau meletak jawatan samada dari dalam atau luar kerajaan.

Kerana kita yakin banyak lagi pembaharuan akan datang dengan syarat kita semua memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang sukar dicari ganti di zaman ini seperti beliau.

Hidup Pak Lah !!!


petikan : keris pusaka melayu


Posted at 8:10:27 pm by zannun
apa apa komen  




Wednesday, April 09, 2008
ROSLAN SMS N32 MENULIS TENTANG SANG KELEMBAI 2006

Semoga Sang Kelembai mampu menyelamatkan Umno

Seorang rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan kunjungan Dolah ke sana.

Apabila melayari Merah Tinta MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu:

Pak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!

Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu!

Saya segera pergi pula ke laman blognya, ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang masih tersangkut diblognya bertajuk:

Dari bodoh ke nyanyuk
yang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu. Dikaki artikelnya dicatatkan ulasannya:

Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu.

Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang.

Posted at 6:43:59 pm by zannun
apa apa komen  

Zuhud yang sebenar






Apakah tanda-tanda zuhud? Adakah zuhud hanya untuk orang-orang tertentu?

Sidi Syeikh Mukhtar r.a

(Syeikh Tarikat Dusuqiah Muhammadiyyah dan Ahli Majlis Sufi Tertinggi Mesir - gambar di atas -) berkata :

AZZUHDU AN TAMLIKADD DUNYAA FATA'UFFA MINHA'.

Bermaksud: 'Zuhud ialah engkau memiliki dunia kemudian engkau menahan diri daripada terkesan dengannya'.

Zuhud merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan,pakaian, perbelanjaan, pekerjaan, dan sebagainya.

Tetapi ada juga perkara2 yang tidak termasuk dalam lingkungan zuhud .Sebagai contoh, pencarian ilmu,rahmat & hidayah.

Rasulullah pernah berdoa: 'ROBBI ZIDNII 'ILMAN'. Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Tambahkanla h ilmu kepadaku'.

Rasulullah juga pernah berdoa: 'ROBBANAA AATINA MIN LADUNKA ROHMATAN'.
Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Kurniakanla h kami Rahmat dari sisi-Mu'.

Begitu juga dengan hidayah,tidak perlu zuhud padanya , persoalannya adakah erti zuhud ialah meninggalkan segala perkara yang ada kaitan dengan dunia? Adakah kalau selama ini kita yang kaya raya ini harus meninggalkan segala harta benda lalu mengambil barang sekadar keperluan kita sahaja?
Dan adakah kalau selama ini kita memakai pakaian yang mahal, bermutu tinggi dan cantik lalu apabila kita mengenal erti zuhud lalu kita menukarkan trend pakaian kita kepada pakaian-pakaian yang serba murah,lusuh dan compang-camping? Dan adakah kalau selama ini kita merasai hidangan yang lazat dan berkhaziat lagi penuh gizinya,tetapi setelah mengenal arti zuhud kita hanya sekadar memakan makanan yang hanya cukup untuk mengganjal perut saja? Apakah...Apakah. ..Apakah. ...!

Apakah itu yang dimaksudkan dengan zuhud? Siapakah yang lebih arif dengan arti zuhud ini?
Apakah kita yang belajar ilmu agama semuanya benar-benar mengenali istilah atau makna zuhud?

Atau apakah kita memahami istilah zuhud sekadar mengikut pemahaman yang ada dalam diri kita saja tanpa perlu merujuk kepada istilah zuhud yang sebenarnya?

Mungkinkah kalau ditanya tentang arti zuhud yang sebenarnya, kita akan menuding jari kepada para ulama' yang mewarisi tugas-tugas para anbia'. Tetapi kadang-kadang apabila kita melihat kepada barisan ulama' pewaris anbia' ini, kadang2 kita melihat mereka memakai pakaian-pakaian yang kadang-kadang jauh lebih mewah dan mahal daripada yang kita pakai . Apa maksud disebalik semuanya ini ?

Mereka amat mengerti dan tahu tentang arti zuhud tetapi pada masa yang sama seolah-olah mereka menyalahi arti zuhud ! Oleh itu, perkara ini kalau tidak memahami dengan baik dan betul,tentu sekali akan memusingkan kepala otak kita bahkan memeningkan kalian.


Lihatlah bagaimana pula kisah Sidi Abu Hassan Syazuli dengan salah seorang anak muridnya. beliau bertanya Sidi Abu Hasan As-Syazuli kenapa beliau yang senntiasa saja memakai pakaian yang mewah, sedangkan beliau salah seorang daripada Waliyullah yang bertaraf Qutub.

Lelaki penanya itu hanya memakai pakaian yang lusuh supaya ia dikenali sebagai seorang yang zuhud.

Jawab Sayyidi Abul Hasan As-Syazuli: 'LIBAASUKUM HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA FAQIIRUN WA LIBAASUNAA HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA GHONIYYUN... JAMIILUN YUHIBBUL JAMAAL'...
Bermaksud: 'Pakaian kamu (yang lusuh ) ini menyatakan bahawa Allah Ta'ala itu miskin dan pakaian(mewah) aku ini pula menyatakan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Kaya dan Maha Cantik serta sukakan yang cantik-cantik' .

Rasulullah juga pernah bersabda: 'INNALLAAHA YUHIBBU AN YURAA ATHARA NI'MATIHII 'ALAA ABDIHII'.
Bermaksud: 'Sesungguhnya Allah Ta'ala suka jika diperlihatkan kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya'.

Allah Ta'ala berfirman: 'YAA AYYUHARRUSULU KULUU MIN TOYYIBAAT MAA ROZAQNAAKUM' .
Bermaksud: 'Wahai para Rasul!Makanlah daripada rezeki yang baik2 yang telah Kami kurniakan kepadamu'

Allah Ta'ala berfirman: 'YAA AYYUHALLAZIINA AAMANUU KULUU MINAT TOYYIBAATI MA ROZAQNAAKUM' .
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu'.
Itu ialah perintah daripada Allah Ta'ala yang mana Allah s.w.t menyuruh kita makan makanan yang baik-baik,malah yang terbaik.
Perkataan 'TOYYIBAAT ' tidak bermaksud makanan yang halal semata-semata bahkan makanan yang terbaik.

Allah Ta'ala berfirman lagi: 'YAA BANII AADAMA KHUZUU ZIINATAKUM 'INDA KULLI... MASJIDIN'.
Bermaksud: 'Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah di setiap(memasuki) masjid'.. .
Itu ialah saranan daripada Allah Ta'ala kepada hamba-hamba- Nya.

Allah s.w.t menyuruh kita memakai pakaian indah-indah ! Cuba kita tengok pula kenderaan Rasulullah s.a.w . Rasulullah menunggang kuda yang terbaik pada zaman baginda.

Pedang-pedang yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa perang juga adalah pedang yang terbaik contohnya , Pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan batu permata.

Rasulullah s.a.w pernah memakai kain burdah dari Yaman. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Sayyiduna Abdul Rahman Bin Auf,salah seorang sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan telah memuji seraya berkata : Wahai Rasulullah: 'MAA AJMALA HAAZIHIL BURDAH'.
Bermaksud: 'Alangkah indahnya kain burdah ini'. Kain burdah Yaman ini tentulah mahal sebab ianya merupakan barangan yang cantik biasanya yang mahal dan bermutu tinggi.
Kain burdah Rasulullah begitu mahal,diimport dari Yaman itu adalah sebahagian contoh menunjukkan Rasulullah s.a.w juga memakai pakaian yang mahal dan berkualiti.

Bagaimana pula syarat-syarat supaya kita dapat menjadi seorang yang zuhud .Terdapat dua syarat mengikut kalam Sidi Syeikh Mukhtar r.a.Iaitu :

1) Memiliki harta sendiri.
2) Harta yang dimiliki mestilah bernilai.

Sekirannya syarat tersebut tidak sempurna maka tidak dinamakan zuhud.
Cuba kita lihat pada diri kita , Siapakah diri kita yang sebenarnya? Adakah kita memiliki atau dimiliki?
Sebenarnya,kita dimiliki ! Kita adalah 'AABDUN MAMLUUKUN'. Hamba yang dimiliki oleh Allah Ta'ala! bukankah demikian? bila kita sendiri dimiliki, berarti kita tidak akan memiliki lagi.
Bukankah segala harta benda yang kita gunakan semasa di dunia ini semuanya pinjaman kesemuanya.
Apabila semua harta benda berbentuk pinjaman,ini bererti ia bukan menjadi hak yang mutlak kita!
Maknanya, syarat zuhud yang pertama kita tidak mampu memenuhinya lagi.

Rasulullah pernah bersabda: 'ADDUNYAA LAA TAZINU 'INDALLAAHI JANAAHA BA'UUDHOH'.
Bermaksud: 'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk di sisi Allah Ta'ala'.

Kita tidak memiliki dunia dan ia sendiri worthless.Bila jadi begini,bermakna kita sudah kehilangan kedua-dua syarat tersebut. Apabila sudah tidak sempurna kedua-dua syarat tersebut ,maka Syeikh Mukhtar berkata: 'LAA ZUHDA FID DUNYAA'.
Bermaksud: 'Tidak ada zuhud sama sekali di dunia'.
Karena apa? Kerana kita tidak memiliki apa-apa pun di atas muka dunia ini kerana kita sendiri dimiliki
dan segala harta benda yang digunakan adalah pinjaman semuanya. Dan dunia tidak bernilai langsung di sisi Allah Ta'ala melainkan sebelah sayap nyamuk saja.

Zuhud bukan meninggalkan dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati bahkan di tangan kita.Dunia bukan di hati, tetapi dalam gengaman tangan.

Rasulullah pernah bersabda: 'IZAA SA'ALTUMUL JANNATA FAS'ALUL FIRDAUSAL A'LAA'...
Bermaksud: 'Apabila kamu memohon(kepada Allah Ta'ala) akan syurga-Nya,maka pohonlah Syurga Firdaus yang tertinggi'.

Cuba kita lihatlah bagaimana saranan Rasulullah kepada umat beliau supaya memohon syurga yang tertinggi darjatnya,bukannya berzuhud dalam soal memohon ganjaran dan balasan daripada Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala s.w.t telah berfirman:.. .
'WABTAGHI FII MAA AATAAKAL LOOHUD DAAROL AAKHIROTA WALAA TANSA NASIIBAKA MINAD DUNYAA'...
Bermaksud: 'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan kepadamu(kebahagiaa n)negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari(kenikmatan) duniawi.

Demikianlah penulis menyampaikan serba sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama tentang zuhud yang dinukilkan daripada guru mursyid penulis.

Walaupun penulis sama sekali tidak menafikan erti zuhud yang dikemukakan oleh ulama'-ulama lain, tetapi ini adalah sebagai salah satu makna daripada makna-makna zuhud yang Allah s.a.w anugerahkan kepada hamba-Nya supaya kita dapat melihat erti zuhud dari sudut yang tepat dengan kehendak Allah Taala.

Posted at 5:03:08 pm by zannun
apa apa komen  




Tuesday, April 08, 2008
APABILA LADANG BABI DILULUS !

Satu negara kecoh. Projek ladang ternakan babi telah dilulus dan bernilai RM 100 juta.. Lokasinya pula di Sepang, dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ). Malah ladang tersebut akan menjadi ladang ternkan babi termoden dan menjadi contoh bagi negeri-negeri lain.  

UMNO juga sedang sibuk. Bukan menyerang lawan tetapi bergaduh sesama sendiri..

Tun Mahathir nampaknya tidak berminat menyerang tindakan DAP PKR dan PAS di Selangor namun terus berminat menghentam Pak Lah.

Pakatan Rakyat yang baru berkuasa telah melaksanakan tuntutan rakyat ( entah dari bangsa mana ) supaya membuka ladang termoden dan dilengkapi teknologi terkini di Selangor..

Ini menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa PAKARAN RAKYAT bukan anti BABI bahkan sanggup meluluskan bersama projek ternakan bernilai RM 100 juta itu !

Syabas kepada PAS dan PKR yang duduk sama semeja dengan DAP meluluskan agenda terbaru mereka itu.

Projek tersebut telah mendapat kelulusan sebulat suara dari Exco Negeri Selangor dalam mesyuarat Exco minggu lalu. Tentunya exco Selangor termasuk juga dari PAS. Meskipun dikatakan ia dilulus oleh Menteri Besar sebelum ini…Namun Dr Khir Toyo menafikannya.

Tahniah PAS kerana turut sama mengangguk dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. !!

Mungkin ini permulaannya dan sudah tentu KILANG ARAK tidak akan menjadi isu lagi kerana mereka TERIKAT dengan PAKATAN RAKYAT…

Mereka hanya tahu mengangguk dan mempertahankan apa sahaja keputusan yang dihasilkan kerana majoriti diperlukan untuk mengubah sesuatu keputusan yang dicapai dalam mesyuarat EXCO kerajaan..

Segala-galanya mesti diputuskan secara konsensus dan mereka hanya mampu memberi pandangan tanpa ada kekuatan menolak dan membangkang cadangan jika majoriti berpendapat sebaliknya.

Ini menunjukkan bahawa PAS telah RELA secara sedar atau tidak menjadi alat kepada PAKATAN RAKYAT yang dua kali lima dengan BARISAN NASIONAL …

Sedangkan PAS dulu menolak pakatan dengan bukan Islam kerana tidak selari dengan tuntutan Al Quran dan Sunnah ; kata mereka. Hingga sanggup mengeluarkan fatwa KAFIR kepada sesiapa yang bersama dalam BARISAN NASIONAL  yang dianggotai oleh Bukan Islam….

Jadi, Al Quran mana mereka pakai sekarang ? adakah ini yang dinamakan SYIAH ? yang boleh bertaqiah di depan dan menukar ketika lain pula ? bagaimana pula gambar gambar Imam Khomeini dibawa dalam perarakan BERSIH di Kuala Lumpur tempoh hari yang menyaksikan gambar Imam Syiah itu diangkat dan dijulang oleh peserta ? adalah PAS menjadi proksi SYiah di Malaysia????
( sila klik di sini untuk keterangan lanjut http://ustazmoden.wordpress.com/ )

adakah PAS juga WAHABI yang terkenal dengan sikap MILITAN ?? yang radikal dan MENGKAFIRKAN semua orang ??? Hingga sanggup menyamakan Maulid dengan perbuatan agama Kristian dan Yahudi …Hingga semua penyokong PAS turut sama terkena kritikan pedas terbaru Nik Aziz ini…Kerana mereka juga meraikan  Maulid Nabi kita Saidina Muhammad s.a.w…

bagaimana pula sikap PAS sekarang yang terlalu lunak dengan DAP dan PKR yang semua dianggotai juga dari Non Muslim >>?? apa jawapan PAS kepada penyokong mereka sekarang ? bagaimana Negara Islam yang berlandaskan hukum HUDUD ??

Dengan adanya ladang ternakan babi termoden di Selangor maka rakyat Selangor termasuklah orang-orang Melayu tentunya boleh berbagga kerana negeri Selangor akan lebih terkenal.

Papan tanda besar yang terpampang “LADANG TERNAKAN BABI TERMODEN” akan menghiasi sepanjang jalan dari LTAS. Selangor akan menjadi destinasi pelancong yang ingin melawat ladang tersebut.

Jika mercu tanda Selangor sebelum ini dikenali dengan KLIA, tentu sekarang boleh ditukar perlahan-lahan kepada KLIB ( Kuala Lumpur Internasional Babi )

Apapun, PAKATAN RAKYAT akan terus dilihat oleh 27 juta rakyat yang menyokong dan menentang mereka. Terserah samada mereka bersedia fizikal dan mental berhadapan dengan ini semua ….

Sekarang mungkin mereka BARU TAHU susahnya menguruskan kerajaan !


Posted at 11:35:44 pm by zannun
apa apa komen  




Friday, September 21, 2007
Permulaan blog Salam Malaysia

 
Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


Saudara / saudari ikhwan fillah sekelian...

Ana bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin Nya kita dapat menggunakan laman blog ini untuk memesatkan lagi usaha dakwah kita menuju Allah Taala.

Perjuangan  yang benar dan haq menegakkan Islam perlu bermula dari dalam          ( seperti kata Imam Al Banna ) seperti berikut :

1.   Diri

2.   Keluarga

3.   Masyarakat


Kalau diri kita tidak mampu diuruskan lagi dengan baik samada luar atau dalamannya tentu kita sudah gagal untuk naik ke peringkat seterusnya.

Jika kita sudah memiliki kekuatan diri maka urusan membaiki keluarga lebih senang kerana mereka sudah nampak contoh yang zahir di tengah kekosongan ilmu dan amalan mereka.

Apabila semakin banyak kebaikan ini maka ia akan membentuk kekuatan kumpulan yang ramai sehingga mampu menenggelamkan kerosakan dan kekotoran hingga tinggallah dunia ini dalam suasana aman dan harmoni.

Ramai lulusan azhar atau universiti lain dari dalam atau luar negara tidak mampu menuju peringkat seterusnya. Mereka gagal memahami dengan tepat maksud  dan perlaksanaan ayat suci al quran dan hadis nabi s.a.w.

Maka lahirlah berbagai fatwa sesat dan salah serta bidaah kerana gagal mencari rujukan dalam bentuk buku atau alim ulama...

sedangkan umat bergantung kepada ilmuan agama dalam mencari hujah berdasarkan nas sahih untuk mereka jadikan amalan dan pegangan.

Mereka hanya mabuk dalam gelombang politik yang dikatakan satu perjuangan hingga perjuangan aspek lain terabai kerana jumlah mereka terlalu ramai berkecimpung di dalam bidang politik ini.......

moga usaha sedikit ini dapat menjadi satu penapis kepada kekotoran fahaman dan juga pandangan masyarakat dan membina malaysia kita ke arah 'salam' yakni selamat dan aman .

Mari kita berganding bahu menjayakannya bersama !

Selamat datang ke Salam Malaysia .

Posted at 9:35:51 pm by zannun
apa apa komen  






Blog ini dicipta bagi menyuarakan hasrat dan pendapat berkenaan perjalanan Islam di negara Malaysia yang selama kini sentiasa dijaga dan dipelihara. Artikel ini pendapat peribadi penulis dan tidak berniat menyinggung mana mana pihak. Ini dibuat bagi menyeru semua agar sentiasa patuh dan taat kepada keputusan ALlah melalui ajaran Rasulullah s.a.w. agar tidak tersasar dari landasan Islam yang sebenar. Dibuka kepada sapa sapa yang ingin memberi komen atau artikel dengan mengisi ruang komen yang disediakan untuk manfaat kita bersama.... Wassalam







JUMLAH PENGUNJUNG

Dapatkan Free Website Counter di sini
















<< September 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed